Apakah kesan sampingan mengamalkan ALPHA LIPID LIFELINE?

ALPHA LIPID tidak memberi kesan sampingan, tetapi apa yang anda akan lalui ialah proses pemulihan. Ini kerana ALPHA LIPID memperbaiki sistem dalam tubuh badan kita, membuang segala bahan-bahan berbahaya yang tidak diperlukan badan, merawat segala apa yang telah rosak dalam tubuh badan kita disebabkan serangan virus, bakteria dan patogen jahat dan akhir sekali memelihara sistem badan kita. ALPHA LIPID telah disediakan oleh alam semulajadi.

Disebabkan itulah, kita tidak perlu risau jika mengamalkan ALPHA LIPID sebagai sarapan pagi untuk kesihatan kita yang berterusan dan berpanjangan. ALPHA LIPID ini selain sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, ia juga amat disarankan kepada ibu-ibu yang sedang mengandung mahupun yang memberikan susu kepada anak. Kita sedia maklum bahawa ibu-ibu yang mengandung, akan mengalami simtom-simtom seperti lemah badan kerana kekurangan darah, alahan dan sebagainya. ALPHA LIPID LIFELINE terbukti mampu mengatasi simtom-simtom tersebut.

Antara Proses Pemulihan
Mengantuk & Letih - Proses penggantian tisu-tisu badan yang rosak disebabkan penyakit Berpeluh, Demam & Sakit Kepala - Proses peningkatan kadar metabolisma dalam badan akibat pembuangan toksid melalui saluran perkumuhan
Kegatalan, Kerap Buang Air Besar & Kecil - Penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul dan lain-lain bahan yang tidak diperlukan badan
Sakit Perut, Sakit Otot, Loya, Denyutan Jantung Jadi Laju - Merupakan proses penyembuhan, pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru

Proses yang berlaku ini tidak mengambil masa yang lama atau kekal kerana ia bersifat sementara. Tidak semua pengamal ALPHA LIPID akan merasai proses pemulihan ini kerana ia bergantung kepada tahap kesihatan kita. Sesetengahnya dapat merasainya sebaik sahaja mengamalkannya untuk kali pertama. Sesetengahnya pula selang beberapa hari atau beberapa minggu. Malah ada sesetengahnya yang tidak merasai langsung. Tetapi, apa yang akan mereka rasa ialah perubahan seperti lebih bertenaga dan cergas, tidak mudah letih, merasai tubuh badan lebih sihat berbanding sebelumnya dan sebagainya. Setiap yang mengamalkan ALPHA LIPID LIFELINE pasti akan dapat kesan yang baik pada akhirnya, biarpun lambat mahupun cepat, bergantung kepada tahap penyakit yang kita hidapi.

Bagi yang ingin mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, juga disarankan untuk mengambil ALPHA LIPID kerana segelas atau setiap hidangan kolostrum ini, anda sememangya mendapat setiap nutrisi yang diperlukan oleh badan semasa proses diet.

No comments:

Post a Comment